TURTLE ISLAND PARK
| ||
Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km
utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut. Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.
Hanya di Pulau Selingan menyediakan
perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.
Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke
tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121. Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki bot dari
Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.
Crystal Quest Sdn. Bhd.
Wisma Khoo Siak Chiew 12th Floor, Room 1204
P.O.Box 848 Sandakan, Sabah
Tel: 089-212711 Fax:089-212712
E-mail: cquest@tm.net.my
| ||
I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you... _ANNE YIN YIEN_
TURTLE ISLAND PARK
Subscribe to:
Posts (Atom)