Saturday, May 12, 2012

^^Sabah...^^




Sy adalah anak kelahiran dari Negeri dibawah Bayu...SABAH!!Proud to be Sabahan Bah..^^.


okay...

sabah is 1 of 13 states of malaysia.sabah terletak di bahagian utara plau Borneo...sabah merupakan negeri kedua terbesar di malaysia selepas negeri Sarawak.(awesome kn??)

Ibu Negeri Bagi sabah adalah Kota Kinabalu(KK)..untuk pengetahuan Umum..KK nie dulunya dikenali sebagai "Negeri Di bawah Bayu"..hal ini kerana sering berlaku taufan di sekitar filipina(jdi angin tue tempias di sabah la^^haha)
Asal-Usul Sabah

Asal Usul Nama Sabah


Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.


BP948-34.jpg
pisang sabah

 
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Geografi


Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran atau Bahagian, yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:
Bahagian Kudat
Bahagian Pantai Barat - Utara & Selatan
Bahagian Pedalaman
Bahagian Sandakan
Bahagian Tawau


Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Kudat, Keningau, Papar, Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna,Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.


Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.





Rafflesia 

Banyak spesies anggerik/ orkid




Orkid



rhododendron


Periuk kera 

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya.









 Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,095 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.


proboscis monkey@ Bayau

Tupai Terbang




semua keindahan sabah ini dijaga baik oleh semua agensi swasta n kerajaan... panorama indah alam semula jadi/ kehidupan flora dan fauna dapat dikekalkan agar dapat dinikmati bersama.. banyak tempat-tmpat yang menarik terdapat di sabah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...