Wednesday, January 23, 2013

9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki


Ramai dikalangan kaum lelaki berminat kepada wanita yang mempunyai sikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Raut wajah yang keibuan boleh membuatkan kaum lelaki merasa aman ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang. Melalui post ini, saya akan kongsikan 9 jenis wanita yang menjadi perhatian lelaki.

1. Sikap Keibuan

Kebanyakkan lelaki meyukai wanita yang mempunyai sikap keibuan kerana mereka suka dibelai dan mempunyai tempat untuk berkongsi segala masalah dan tekanan yang mereka hadapi setiap hari.

2. Sikap Keanak-anakan


Dengan tidak keterlaluan, sifat keanak-anakkan seorang wanita sentiasa menjadi tarikan untuk kaum lelaki. Mereka akan rasa terhibur dengan sikap dan telatah anda itu, dan semestinya ia tidaklah sikap yang melampau dan menyakitkan hati mereka. Ia adalah sikap keanakkan yang menyedapkan mata memandang tetapai menjaga adab kesopanan seorang wanita. Sebagai contoh, sikap manja seorang wanita dapat membangkitkan perasaan kebapaan dan kelelakian kaum lelaki.

3. Sikap Mengerti


Seorang wanita yang mempunyai sikap ini akan membuatkan kaum lelaki merasakan dirinya dihargai dan diterima seadanya. Malah ia menunjukkan seorang wanita yang mudah memaafkan, suka berbincang dan memahami kehendak pasangan mereka.

4. Sikap Menghargai


Wanita yang suka menghargai kaum lelaki didalam apa jua tindakan baik yang mereka lakukan menjadi idaman dan igauan seorang lelaki. Seorang wanita sememangnya suka dilayan dengan lembut dan disayangi. Namun, lelaki suka dihargai, dipuji dengan ikhlas dan dipercayai. Sememangnya pernghargaan dari kaum wanita menjadikan sikap kelelakian dan kebangaan seorang lelaki itu bertambah.

5. Sikap Menjaga Penampilan


Kaum lelaki sememangnya suka pada wanita yang pandai menjaga penampilan agar snetiasa kemas, menarik, cantik dan bersih. Jika wanita menjaga penampilan dirinya didepan pasangannya, lelaki tersebut merasakan dirinya dihargai oleh pasangannya itu.

6. Pandai Berbicara


Kaum lelaki sememangnya tertarik dengan sikap wanita yang pandai berkomunikasi dan mudah diajak bebual pada bila-bila masa yang mereka inginkan. Topik perbualan lelaki sememangnya berbeza dengan topik perbualan wanita. Tetapi sebagai pasangan suami isteri, topik tentang kewangan sentiasa diperkatakan setiap masa. Wanita yang dapat mengimbangi, mengawal emosi dan mengalihkan topik perbualan yang lebih menarik sentiasa menjadi idola kaum lelaki.

7. Sikap Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri


Wanita yang pandai bergaul dan cepat menyesuaikan diri mempunyai nilai yang tinggi dimata lelaki. Wanita yang pandai menjaga hati orang tua dan menyukai kanak-kanak sememangnya disukai lelaki. Jika berada didalam suasana yang baru, kaum wanita haruslah jangan cepat gelabah dan cepat-cepat menyesuaikan diri.

8. Menghormati Diri Sendiri


Kaum lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri setiap masa, dapat mengawal diri, bersikap sopan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu menilaisegala kelakuan baik @ buruk yang diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka sikap wanita yang bermurah hati, suka mengambil berat, mudah rasa simpati kepada orang yang susah. Sikap sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu juga menjadi perhatian lelaki. Kebaikan yang sewajarnya dan spontan, mencerminkan hati nurani seorang wanitan yang mulia. Kecantikan dalaman pada diri seorang wanita itu tepancar keluar dengan indah dan mempesona hati kaum lelaki yang melihatnya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...