Peralatan Musik Tradisional Negeri Dibawah Bayu

Sabah mempunyai Pelbagai alatan tradisional yang diperbuat dari alam sekitar...PEralatan ini mempunyai funsinya yang tertentu..sabah merupakan salah satu negeri yang mempunyai pelbagai kaum didalamnya...x heran la klu bnyak alatan tradisional di sabah,,,x kiralah alat musik atau alatan untuk tujuan pertanian...

ALATAN MUSIK

SOMPOTON

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.


Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.


Fungsi

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.


Cara Bermain



Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga menggunakan teknik ‘menghembus’ serta ‘menyedut’ untuk menghasilkan bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni. Sompoton juga menggunakan system ‘free reed’ yang tunggal sebagai bahan bunyinya 



Bungkau




Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan ketika berada di kawasan padi dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada pemuzik. Inanya tidak mempunyai saiz yang spesifik. Namun anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6 hingga 8 inci atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau sejenis dahan pokok seperti palma. Lampakid merupakan sarung kepada Bungkau iaitu diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat muzik adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber persekitaran alam.

Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang  hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan  alat bungkau yang baik.



Cara Bermain


 Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi  dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih. 


Penduduk kampung telah mengadaptasi sumber alam sekeliling untuk dijadikan alat muzik. Cara membunyikan alat muzik Bungkau adalah dengan meletakkan pada mulut atau kedua-dua bibir disepit untuk penahan, dan sebelah tangan atau jari membelek-belekkan kayu hujung Bungkau. Alunan corak bunyi adalah bergantung kepada nafas.


Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Bungkau boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Bungkau juga dimainkan ketika adanya keramaian. Muzik Bungkau bukan Muzik untuk upacara. 

Muzik Bungkau juga dimainkan bersama dengan alat muzik lain secara berkumpulan bagi membuatkan bunyi lebih seragam dan menarik. Antara alat muzik yang sering digabungkan dengan alat muzik Bungkau adalah sompoton, tongkungon, dan babangau

 Kordofon/Tongkungon

Tongkungon


Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Ia dibuat dari tiub buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya untuk membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-serpihan kecil kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang besar. Nama dan nombor tali inisesuai dengan gong utama.

Fungsi

Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya untuk hiburan persendirian.
Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga boleh menemani tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.



Sundatang Atau Gagayan


Pengenalan:

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:

Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi:


Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.


 Erofon/Suling

 
Suling yang diperbuat daripada buluh pendek  yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Fungsi

Suling dimainkan untuk keseronokan individu. Notamanis instrumen ini biasanya didengar pada waktu malam selepas penduduk kampung telah pulang dari medan - 
hari ini lebih kerap mendengar karaoke ... Ia dimainkan olehsemua kumpulan etnik Sabah.

Turali 
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. 


Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’.

   Cara Dimainkan


 Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Fungsi

Ia boleh dimainkan untuk hiburan persendirian dan lagu-laguyang boleh meniru dikir pelbagai. Walau bagaimanapun, antara Tambunan pusat dan Kadazandusun Penampang turali meluahkan kesedihan peribadi apabila seseorangsahaja meninggal dunia. Melodi menunjukkan sama ada bapa, ibu atau kanak-kanaktelah meninggal dunia.  Kini generasi baru digalakkan untuk memainkan peralatan ini dan kita boleh mendengar bunyi taruli ini di corong radio Kadazan Dusun.

Idiofon / Tongunggak 


Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

Fungsi

idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. 

Gong


Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya diperbuat daripada gansa dan besi. .  Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi.  Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

Cara DiMainkan

gong dipukul mengikut rentak lagu yang dimainkan. adakalanya gong dimainkan mengikut rentak muzik sesuatu tempat, contohnya paluan gong Daerah Papar Dan Daerah Penampang adalah Berbeza. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Fungsi

Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai

Kulintangan 

Pengenalan 

Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran
 kecil.

 Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.

Cara bermain 

- Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”.

 Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu       ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.


 Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

  Membranofon/Rebana


Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘Adai-Adai’ oleh masyarakat melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.




Gendang atau Tontog
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...