DANUM VALLEY / MALIAU BASIN LOST WORLD


DANUM VALLEY / MALIAU BASIN LOST WORLD


Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah, 
di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan
 yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. 
Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan 
pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. 
Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung 
(1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.





Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah". 
 Sehingga hari ini, hanya 30% dari tempat tersebut 
telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti
 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi
 dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini. 

 Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran 
daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama
 seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan
 sebagai penunjuk jalan atau arah.  
Dengan keindahan serta keunikan alam 
dan kecantikan air terjun, para pengunjung 
pasti akan merasakan pengembaraan ini 
adalah sesuatu yang cukup menggembirakan. 
Lebih daripada 30 spesis mamalia 
terdapat di kawasan ini. 
 Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada
80 spesis bunga orid.

Pengangkutan
PERJALANAN MELALUI
MASA
Tawau / Luasong Forestry Centre (190 km)
4 hingga 5 jam
Keningau
5 jam



Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan hendaklah 
mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu 
Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki 
kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh 
didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah 
Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu 
ataupun Tawau.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...