Rumah Kebudayaan Murut

Rumah Kebudayaan Murut
Rumah KebudayaanPusat Kebudayaan Murut ini terletak di Kampung Inalisan Pulong iaitu kira-kira 13 km dari pekan Tenom. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996.


 Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1998 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi untuk pengurusan dan pentadbiran, pusat pameran yang merangkumi aspek kehidupan, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut, tempat pementasan kebudayaan dan tempat mesyuarat/seminar/bengkel.


 Penduduk Daerah Tenom majoritinya adalah terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan kebudayaannya. Tarian merupakan aspek terpenting dalam kebudayaan suku kaum Murut. Antaranya ialah Tarian Lumigo dan Ansayau yang kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu. 







  • Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun dan Lundayeh . Kerana itu pembinaan Pusat Kebudayaan Murut ini adalah satu langkah yang baik ke arah pengekalan budaya sesuatu kaum agar tidak hilang ditelan zaman. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kalimaran dan Pesta Kamataan .




  • Para Pengunjung boleh mengunjung Pusat Kebudayaan ini melalui jalan Kota Kinabalau-Tambunan-Keningau dan berhenti sebelum sampai ke Pekan Tenom. Ini Kerana Pusat Kebudayaan ini terletak sebelum pekan Tenom jika penggunjung berkenaan adalah dari Kota Kinabalu. Jalan Lain adalah menggunakan perkhidmatan keretapi iaitu melalui jalan Tanjung Aru dan berakhir di Stesen Keretapi Tenom. 




  • Bagi Pengunjung yang ingin menjimatkan kos perjalanan, menaiki keretapi adalah cara yang terbaik kerana hanya RM7.25 sahaja tambang yang dikenakan berbanding dengan menaiki bas iaitu sebanayk RM 16.00 dan RM25.00 bagi menaiki teksi.



Berikut Merupakan Jadual Melawat Demonstrasi Kraftangan di Pusat Kebudayaan Murut Tenom dan tiada yuran masuk dikenakan:

HARIPAGIPETANG
ISNINCutiCuti
SELASACutiCuti
RABU9:00 AM-12:40 PM2:00 PM - 4:00PM
KHAMIS9:00 AM-12:40 PM2:00 PM - 4:00PM
JUMAAT8:30 AM-11:30AM2:00 PM - 4:00PM
SABTU9:00 AM -12:00PM2:00 PM - 4:00PM
AHAD10:30 AM-12:00PM1:00 PM - 4:00PM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...