Pages

TURTLE ISLAND PARK


TURTLE ISLAND PARK



Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km 
utara dari Sandakan, 
Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah 
pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan,
 dikelilingi oleh terumbu karang dan laut. 
 Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) 
dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles)
 yang datang bertelur di pantai pulau ini.


penyu karah/Hawksbill Turtles


Hanya di Pulau Selingan menyediakan 
perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin 
bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur.
 Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi 
penyu naik ke pantai untuk bertelur.


Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke
 tempat ini adalah Mac dan September, elakkan 
mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana
 tempoh berkenaan adalah berlakunya musim 
angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk 
maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan 
Sabah di talian 088-212121 atau Sri
 Pelancongan Sabah di talian 088-232121.

Pengangkutan

Para pengunjung boleh menaiki bot dari 
Sandakan ke Pulau Selingan. Walau 
bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam
 disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa 
dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut
 atau mengatur perjalanan ke Pulau 
Selingan melalui ejen pelancongan.



Crystal Quest Sdn. Bhd.

Wisma Khoo Siak Chiew 12th Floor, Room 1204

P.O.Box 848 Sandakan, Sabah

Tel: 089-212711 Fax:089-212712
E-mail: cquest@tm.net.my