Pages

Tenom Lembah yang Subur^^

Tenom adalah sebuah lembah yang subur  yang terletak di bahagian pendalaman sabah. pada awal zaman penjajahan, tenom ini dikenali sebagai Fort Birth.

peta 


Terdapat 2 cara untuk pergi ke Daerah tenom ini iaitu melalui jalan Raya dan jalan kereta api (baik naik kreta api..hehe...jimat kos^^)..
Perkhidmatan Kereta Api Sabah

Laluan Jalan Kereta Api Sabah


kumpulan etnik utama di tenom adalah etnik Murut(60%), diikuti Cina (20%), Melayu (10%) dan kadazan dusun (8%)..kebanyakkan bangsa Cina di Tenom adalah berketurunan Hakka(keturunan pendatang cina dari Longchuan di Guangdong)

Etnik Terbesar di Tenom^^


keadaan tanahnya berbukit dan lembah yang subur menyebabkan kawasan tersebut dijadikan sebagai kawasan pertanian.
tenom juga merupakan salah satu lokasi pendalaman yang indah dengan alam semula jadi yang belum terusik. ditambah lagi dengan banjaran Crocker yang tersergam indah di belakang bandar.ia juga dikenali sebagai "pintu masuk Ke Murut Negara". pesta tahunan Murut dikenali sebagai Pesta Kalimaran.

Terdapat beberapa lokasi di tenom yang sesuai untuk dilawati atas tujuan riadah atau penyelidikan...antaranya ialah Taman Pertanian Sabah (Pertanian Lagud Sebrang Stesen Penyelidikan), Pusat Orkid Tenom, Sungai Padas Rafting Dan pusat Kebudayaan Murut yang terletak diluar bandar.
tenom juga merupakan perhentian terakhir perkhidmatan kereta api Borneo Utara

Lagud Sebrang

Bandar Tenom

Rumah Kebudayaan Murut

Sungai Padas- Rafting

Pusat Orkid Tenom

Orkid...