DANUM VALLEY / MALIAU BASIN LOST WORLD
| ||||||
Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah,
di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung (1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.
Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah".
Sehingga hari ini, hanya 30% dari tempat tersebut telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini.
Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran
daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan sebagai penunjuk jalan atau arah. Dengan keindahan serta keunikan alam dan kecantikan air terjun, para pengunjung pasti akan merasakan pengembaraan ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan.
Lebih daripada 30 spesis mamalia
terdapat di kawasan ini.
Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada
80 spesis bunga orid.
Pengangkutan
Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan hendaklah
mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu ataupun Tawau. | ||||||
I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you... _ANNE YIN YIEN_
Pages
▼